Nak tanya, bolehkah sekolah mengekalkan schoolbroadband yang sedia ada dan tidak membenarkan YES membina "tower monopole" di kawasan sekolah dan sekolah memilih tidak mahu menggunakan perkhidmatan YES, memandangkan schoolbroadband yang sedia ada sangat stabil, dan penggunaannya sudah memadai... Terima kasih.
Nak tanya, mungkinkah sekolah memilih untuk mengekalkan Schoolbroadband yang sedia ada, dan tidak mahu menggunakan perkhidmatan YES yang disarankan oleh KPM, memandangkan YES perlu membina sebuah "tower monopole" seluas 5m x 5m x 30 meter tinggi. Pembinaan 'tower monopole di kawasan sekolah adalah tidak munasabah, disarankan YES mencari alternatif lain untuk memberi perkhidmatan YES kepada melalui 1bestarinet dan bukan melalui pembinaan "tower monopole", atau mencari lokasi lain yang berhampiran sekolah untuk membina "tower monopole"..........